Latihan Bahasa Melayu PT3 Siri 2
Dalam penulisan hari ini, saya akan membincangkan kesalahan
tatabahasa yang melibatkan ketinggalan penjodoh bilangna selepas sesetengah
kata bilangan. Dalam bahasa Melayu, kata bilangan seperti dua, kedua-dua, beberapa
dan berpuluh-puluh perlu disertai penjodoh bilangan jika kata nama konkrit
menurutinya. Kata nama konkrit ialah kata nama yang dapat dilihat atau
disentuh.
Contoh 1
Dua pelajar itu dihukum oleh guru disiplin. [Salah]
Dua orang pelajar itu dihukum oleh guru disiplin.
[Betul]
(Dalam ayat di atas, kata bilangan ‘dua’ dituruti kata
nama konkrit ‘pelajar’. Oleh itu, penjodoh bilangan perlu disisipkan di antara
dua perkataan tersebut.)
Contoh 2
Kedua-dua pemuda itu diberkas polis kerana mengedarkan
dadah. [Salah]
Kedua-dua orang pemuda itu diberkas polis kerana mengedarkan
dadah. [Betul]
Contoh 3
Beberapa jalan akan ditutup semasa perarakan itu
diadakan. [Salah]
Beberapa batang jalan akan ditutup semasa perarakan
itu diadakan. [Betul]
Contoh 4
Berpuluh-puluh surat ditulisnya untuk memohon jawatan
tetapi tidak berjaya. [Salah]
Berpuluh-puluh pucuk surat ditulisnya untuk memohon
jawatan tetapi tidak berjaya [Betul]
Sekarang cubalah latihan yang berikut.
Latihan
Garisi kesalahan tatabahasa dalam setiap ayat yang
berikut dan buat pembetulan di ruang yang disedikan.
1 Lima buku saya beli di kedai itu. ______________
2 Ketiga-tiga pelajar itu ponteng sekolah kelmarin.
______________
3 Beberapa buah epal dibelinya di gerai itu.
_______________
4 Beratus-ratus penduduk kehilangan rumah mereka dalam
bencana alam itu. _____________
5 Hanya enam pelajar lulus dalam ujian ini.
_______________
6 Kelapan-lapan kambing ini akan disembelih.
____________
7 Beberapa novel sudah dibacanya dalam bulan ini.
________________
8 Beribu-ribu risalah tentang demam denggi dicetak
untuk diedarkan kepada orang ramai.
Jawapan untuk Latihan Siri 1
1 Dia enggan ubah sikap buruknya. ___mengubah________
2 Jangan mengikut kelakuannya yang kurang sopan itu. ____ikut________
3 Mereka sudah siapkan kerja itu. _____menyiapkan________
4 Tolong membuka pintu itu. _____buka________
5 Lina belum jelaskan yuran kelab ini. _____menjelaskan________
6 Usah mengacuhkan sindirannya. ____acuhkan_______
7 Kami akan tonton wayang ini nanti. ___menonton______
8 Sila menulis nama anda di sini. _____tulis________
_____________Jawapan untuk Latihan Siri 1
1 Dia enggan ubah sikap buruknya. ___mengubah________
2 Jangan mengikut kelakuannya yang kurang sopan itu. ____ikut________
3 Mereka sudah siapkan kerja itu. _____menyiapkan________
4 Tolong membuka pintu itu. _____buka________
5 Lina belum jelaskan yuran kelab ini. _____menjelaskan________
6 Usah mengacuhkan sindirannya. ____acuhkan_______
7 Kami akan tonton wayang ini nanti. ___menonton______
8 Sila menulis nama anda di sini. _____tulis________
Jawapn untuk hari ini:
Latihan
Garisi kesalahan tatabahasa dalam setiap ayat yang berikut dan buat pembetulan di ruang yang disedikan.
1 Lima buku saya beli di kedai itu. _Lima buah buku___
2 Ketiga-tiga pelajar itu ponteng sekolah kelmarin. Ketiga-tiga orang pelajar
3 Beberapa buah epal dibelinya di gerai itu. Beberapa biji buah epal
4 Beratus-ratus penduduk kehilangan rumah mereka dalam bencana alam itu. Beratus-ratus orang
penduduk
5 Hanya enam pelajar lulus dalam ujian ini. enam orang pelajar
6 Kelapan-lapan kambing ini akan disembelih. Kelapan-lapan ekor kambing
7 Beberapa novel sudah dibacanya dalam bulan ini. Beberapa buah novel
8 Beribu-ribu risalah tentang demam denggi dicetak untuk diedarkan kepada orang ramai.
Beribu-ribu naskhah risalah