Sunday 3 July 2011

Kelewahan dalam penggunaan bahasa siri 1

Untuk pos hari ini, saya ingin membincangkan kelewahan penggunaan bahasa siri 1.

Kes 1: Penggunaan saling + kata gandaan
Contoh: Penduduk kampung itu saling tolong-menolong dalam kehidupan mereka. [salah]
Penduduk kampung itu saling menolong dalam kehidupan mereka. [betul]
Penduduk kampung itu tolong-menolong dalam kehidupan mereka. [betul]
Penghuraian: Kata gandaan 'tolong-menolong' bermakna 'saling menolong'. Oleh itu, jika kita menulis 'saling tolong-menolong', ini bersamaan dengan 'saling saling menolong'. Kelewahan wujud dalam hal ini kerana 'saling' sudah digunakan dua kali.

Kes 2: Penggunaan kata gandaan + antara satu dengan yang lain
Contoh: Mereka tolong-menolong antara sama dengan yang lain. [salah]
Mereka tolong-menolong. [betul]
Mereka menolong antara satu dengan yang lain. [betul]
Penghuraian: Kata gandaan 'tolong-menolong' juga boleh diganti oleh 'menolong antara satu dengan yang lain'. Oleh hal yang demikian, jikalau kita menulis 'tolong-menolong antara satu dengan yang lain', kita sebenarnya bermaksud 'menolong antara satu dengan yang lain antara satu dengan yang lain' sehinggalah kelewahan berlaku.

No comments:

Post a Comment