Thursday 16 June 2011

Kata bilangan 'para' hanya untuk orang dewasa yang dihormati

laDalam bahasa Melayu, kata bilangan 'para' hanya digunakan untuk orang dewasa yang dihormati . Lihat kesalahan penggunaan perkataan ini dalam ayat-ayat yang berikut dan pembetulannya.

1 a) Para kanak-kanak suka makan gula-gula kerana manis rasanya. [salah]
b) Semua kanak-kanak suka makan gula-gula kerana manis rasanya. [betul]
Penghuraian: Dalam ayat 1 a, kanak-kanak ialah budak yang belum dewasa. Oleh itu, 'para' tidak boleh mendahului 'kanak-kanak'.

2 a) Para banduan dikehendaki bekerja selama tiga jam sehari. [salah]
b) Semua banduan dikehendaki bekerja selama tiga jam sehari. [betul]
Penghuraian: Banduan ialah pesalah yang dikurung di penjara. Mereka telah melakukan jenayah dan tidak dihormati anggota masyarakat. Oleh itu, 'para' tidak boleh digunakan di hadapan 'banduan' sebagai kata kilangannya.

Monday 6 June 2011

Ketinggalan penjodoh bilangan selepas kata bilangan

Dalam bahasa Melayu, sesetengah kata bilangan perlu dituruti penjodoh bilangan. Di bawah ini ditunjukkan kesalahan pengguna bahasa Melayu khasnya pihak akhbar tempatan yang tidak menggunakan penjodoh bilangan untuk kata bilangan yang berikut:

1 dua (tiga, sepuluh, seratus, sejuta dan sebagainya)
Dua penumpang yang cedera parah telah dikejarkan ke hospital, [salah]
Dua orang penumpang yang cedera telah dikejarkan ke hospital. [betul]

2 kedua-dua (ketiga-tiga, kelapan-lapan dan sebagainya)
Kedua-dua pemuda yang disyaki mengedarkan dadah itu telah diberkas oleh polis. [salah]
Kedua-dua orang pemuda yang disyaki mengedarkan dadah itu telah diberkas oleh polis. [betul]

3 berpuluh-puluh [beratus-ratus, beribu-ribu, berjuta-juta]
Berpuluh-puluh buah rumah dijilat api apabila kebakaran berlaku di kampung itu. [salah]
Berpuluh-puluh buah rumah dijilat api apabila kebakaran berlaku di kampung itu. [betul]

4 beberapa
Beberapa penduduk mendatangi rumah ketua kampung untuk mengadukan hal itu. [salah]
Beberapa orang penduduk mendatangi rumah ketua kampung untuk mengadukan hal itu. [betul]

Yang berikut ialah bukti pihak akhbar tidak menggunakan penjodoh bilangan dalam laporan berita:

1 40 kanak-kanak sertai perkhemahan [daripada sebuah akhbar tempatan]
Sepatutnya: 40 orang kanak-kanak menyertai perkhemaham.

2 Dua remaja mohon biaya pembedahan tulang belakang [daripada sebuah akhbar tempatan]
Sepatutunya: Dua orang remaja memohon (orang ramai) membiayai pembedahan tulang belakang.

3 Selain Mohd Rifaat, tiga pelajar lain turut menerima anugerah masing-masing. [daripada akhbar tempatan]
Septutunya:Selain Mohd Rifaat, tiga orang pelajar yang lain turut menerima anugerah
masing-masing.

Setiap hari, semasa saya membaca akhbar berbahasa Melayu, saya mendapati bahawa ketinggalan penjodoh bilangan khasnya selepas kata bilangan tentu seperti dua, tiga dan sebagainya dapat dikesan. Saya berharap agar pihak akhbar dapat menggunakan bahasa yang gramatis kerana para pelajar yang membaca berita berkenaan akan terpengaruh lalu membuat kesalahan yang sama.